
TAMAN HERBA
1. Rasional
Kelab SPBT telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga satu kawasan angkat. Sehubungan itu, Kelab SPBT telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Taman Herba sebagai salah satu aktiviti Kelab SPBT. Disamping itu, persekitaran sekolah juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk dimanfaatkan bagi tujuan penanaman.
2. Matlamat
Untuk merangsang dan memberi galakan kepada pelajar bagi memahami pengetahuan asas mengenai beberapa tumbuhan herba yang umum.
3. Objektif
· Memberi peluang kepada pelajar mengenali jenis-jenis tumbuhan herba yang biasa terdapat di persekitaran.
· Memberi pengalaman kepada pelajar tentang cara-cara menanam dan memelihara pokok.
· Melatih pelajar untuk mengumpul maklumat dengan cara yang lebih sistematik.
· Melatih pelajar akan kepentingan menghargai alam sekitar.
· Mewujudkan dan menanam sikap kerjasama antara pelajar.
4. Sasaran
Ahli Kelab SPBT
5. Jangka masa
Sepanjang Tahun
6. Strategi dan Pelaksanaan
Mengenalpasti dan menyediakan tapak atau batas
Menentukan jenis tanaman yang hendak ditanam.
Membeli tanah baja dan peralatan.
Memberi taklimat kepada pelajar. Pelajar dikehendaki menyedia dan menyimpan rekod mengenai tanaman yang terdapat di taman ini. Semua maklumat berkaitan Taman Herba didokumen dan difailkan. Fail disimpan di Pusat Sumber Sekolah.
Fail ini mengandungi keratan akhbar dan majalah yang berkaitan dengan tumbuhan yang terdapat di Taman Herba.
7. Kos Perbelanjaan
Lebih kurang RM500.00 diperingkat permulaan.
8. Sumber Kewangan
Sumbangan orang perseorangan.
9. Kawalan
Guru Penasihat Kelab SPBT
10. Penutup
Adalah diharapkan dengan adanya kerjasama dan sokongan pihak pengurusan projek ini akan menjadi satu projek yang mampu menarik minat pelajar akan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang pertanian dan alam sekitar. Ini merupakan pendidikan tidak formal yang diperoleh pelajar.
TAMAN HERBA
KELAB SPBT, SMART
SENARAI NAMA TANAMAN HERBA DI TAMAN HERBA
| BIL. | NAMA TANAMAN | BIL. | NAMA TANAMAN |
| 1 | Aloe vera | 30 | Keledek |
| 2 | Anggerik Merpati | 31 | Kemangi |
| 3 | Aruda | 32 | Kemunting Cina |
| 4 | Asam Susur | 33 | Kosmos |
| 5 | Ati-Ati | 34 | Labu |
| 6 | Ati-Ati Hijau / Bangun-Bangun | 35 | Lidah Mertua |
| 7 | Bau Cina | 36 | Limau Purut |
| 8 | Belimbing Buluh | 37 | Marigold |
| 9 | Bunga Cina | 38 | Mas Cotek |
| 10 | Bunga Raya Putih | 39 | Naga Bolong |
| 11 | Butang | 40 | Nenas |
| 12 | Cekur | 41 | Nilam |
| 13 | Daun Kucai | 42 | Pecah Beling / Lidah Harimau |
| 14 | Daun Pandan | 43 | Pegaga Nyonya |
| 15 | Daun Pudina | 44 | Putar Wali |
| 16 | Delima | 45 | Remayung |
| 17 | Gajus | 46 | Roselle / Asam Susur |
| 18 | Halia Hitam | 47 | Sambung Nyawa |
| 19 | Hempedu Bumi | 48 | Selasih Dandi |
| 20 | Jarak | 49 | Senduduk |
| 21 | Jarum Tujuh Bilah | 50 | Serai Batang |
| 22 | Jemuju | 51 | Serai Kayu / Daun Salam |
| 23 | Jerangau | 52 | Serai Wangi |
| 24 | Kaduk | 53 | Sireh Keling |
| 25 | Kangkung | 54 | Sireh Melayu |
| 26 | Kapal Terbang | 55 | Temu Lawak |
| 27 | Kari | 56 | Terung |
| 28 | Keladi Candik | 57 | Terung Pipit |
| 29 | Keladi Kemonyang | 58 | Ulam Raja |










